Ku telusuri jalan kecil
Di taman itu
Ku dengari
Unggas bersiul-siul
Tapi tidak seceria unggas di taman lain
Suaranya seakan merintih
Meraih simpati
Ku teruskan lagi langkahku
Kali ini
Ku dengari
Sungai berkata-kata
Melontarkan rasa ketidakenakan hatinya
Menghamburkan amarah
Melemparkan kata-kata sinisnya
Ku ikutkan gerak kaki
Yang terus melangkah
Ku dengari
Pokok-pokok ketawa mengejek
Sambil daunnya tiada henti
Gugur jatuh ke bumi
Kini baru ku mengerti
Mengapa ia begitu
Dahulu taman itu bahagia
Namun kerana yang datang adalah perosak
Taman itu telah hilang serinya
Jika dahulu ia bercahaya
Kini ia malap
Jika dahulu ia subur
Kini ia layu
Penghuni taman itu
Menangis dan terus menangis
Tiada siapa mengerti
Tiada siapa ambil peduli
Saat itu
Ia hanya menunggu
Jika ada yang mampu
Menghentikan tangisannya
Atau ia sahaja yang terus merajuk
Sehingga lenyap
Terkubur ke bumi
p/s: ni sajak yg sy wat utk kursus Kewartawanan yg sy amik kat tmpat sy bljr...
siap kene present kat depan g tu sambil mendeklamasikn sajak nih...
lecturer nak dgr gak sore ku yg merdu (hahaha)..so present je lah...
yg lawak nyer...kawan siap rakam g...sy sndiri pon malu nak tgk rakamn tu ahaks...
Friday, March 26, 2010
PERMATA YANG HILANG
PERMATA YANG HILANG
Setelah ia hilang
Baru kita terasa akan ketiadaannya
Baru kita terasa akan nikmatnya
Baru kita terasa akan pentingnya
Saat itu
Tiada apa yang dapat dikata
Tiada apa yang dapat diungkap
Melainkan air mata bergenangan
Mengenangkan kekhilafan yang dilakukan
Selagi hayat dikandung badan
Kenanglah ia
Janganlah nanti
Menyesal tak sudah
Saat itu
Tiada apa dapat mengembalikannya semula
Kerana ia telahpun
Pergi selama-lamanya
Menemui kekasihnya
Saturday, March 20, 2010
mahu atau tidak
Mahu atau tidak
Kita sudah pun berada di sini
Di gunung sahara
Di hutan belantara
Di lautan bergelora
Mahu atau tidak
Kita sudah pun mengikat tali
Melihat sejauh mana kekuatannya
Sampai masa ia akan putus
Mahu atau tidak
Kita perlu berenang merentas lautan
Kita perlu berjalan memintas hutan
Mencari sekelumit mutiara
Untuk dijadikan bekal
Mahu atau tidak
Tali yang diikat itu akan putus
Saat itu
Kau kan tahu
Pentingnya mencari mutiara
Demi menghadap yang Maha Kuasa
Tuhan yang Esa
Mahu atau tidak
Kita pasti akan menghadap-Nya
Jangan disesal
Jika tidak berjumpa mutiara
Kerana itu yang kau pinta
Jangan disesal
Jika kau tidak berjumpa Firdausi
Kerana itu apa yang kau hajati
Saat itu
Tiada apa yang yang dapat dipautkan
Tiada guna disesali
Kerana nasi yang ditanak
Sudah siap terhidang
Hanya tinggal untuk dijamah
Kita sudah pun berada di sini
Di gunung sahara
Di hutan belantara
Di lautan bergelora
Mahu atau tidak
Kita sudah pun mengikat tali
Melihat sejauh mana kekuatannya
Sampai masa ia akan putus
Mahu atau tidak
Kita perlu berenang merentas lautan
Kita perlu berjalan memintas hutan
Mencari sekelumit mutiara
Untuk dijadikan bekal
Mahu atau tidak
Tali yang diikat itu akan putus
Saat itu
Kau kan tahu
Pentingnya mencari mutiara
Demi menghadap yang Maha Kuasa
Tuhan yang Esa
Mahu atau tidak
Kita pasti akan menghadap-Nya
Jangan disesal
Jika tidak berjumpa mutiara
Kerana itu yang kau pinta
Jangan disesal
Jika kau tidak berjumpa Firdausi
Kerana itu apa yang kau hajati
Saat itu
Tiada apa yang yang dapat dipautkan
Tiada guna disesali
Kerana nasi yang ditanak
Sudah siap terhidang
Hanya tinggal untuk dijamah
Aku
Aku
Ingin menjadi rama-rama
Yang terbang bebas
Tanpa banyak bicara
Aku
Ingin menjadi mentari
Yang mampu
Menyinari dan menerangi bumi
Aku
Ingin menjadi bunga
Indah mekarnya tiada tandingan
Menjadi pujaan sang lebah
Aku
Ingin menjadi bulan
Yang mampu menemani
Malam yang dingin
Namun
Aku adalah aku
Tidak bisa menopengkan diri
Laksana sesumpah
Aku tahu itu
Ingin menjadi rama-rama
Yang terbang bebas
Tanpa banyak bicara
Aku
Ingin menjadi mentari
Yang mampu
Menyinari dan menerangi bumi
Aku
Ingin menjadi bunga
Indah mekarnya tiada tandingan
Menjadi pujaan sang lebah
Aku
Ingin menjadi bulan
Yang mampu menemani
Malam yang dingin
Namun
Aku adalah aku
Tidak bisa menopengkan diri
Laksana sesumpah
Aku tahu itu
Subscribe to:
Posts (Atom)