Wednesday, November 17, 2010

Aku dah bertunang

ya...aku sudah bertunang... sejak azali lagi...bkn aku sahaja..tapi kita semua...
tunggu masa untuk dinikahkan sahaja kerna kita pasti akn dinkahi...
kullu nafsin za ikatul maut...
(setiap yg hidup pasti akan mati)


Masa akan berlalu jua
Saat itu akan tiba jua
Pertunangan sejak azali
Hanya tunggu masa untuk dinikahi

Pengantin dimandikan
Ditabur haruman yang mewangi
Tetamu datang silih berganti
Sambil menyedekahkan Umul Kitab
Sanak saudara menepung tawar
Sambil menitiskan air mata

Tetamu meninggalkan pengantin
Bersendirian di dalam bilik
Yang berlantaikan tanah
Yang berdindingkan liang lahad

Malam pertama bersama Kekasih
Kekasih menuntut janji
Saat itu kau sahaja yang tahu
Dan Dia Kekasih itu
Akan menetapkan mu ke syurga
Atau melemparkan kamu ke neraka

Moga2 kita ditempatkan di dalam syurga bersama2 orang yang beriman
Amin…..

No comments:

Post a Comment