Cinta manusia
Sentiasa berubah
Tiada sekata
Bagai air yang tenang
Apabila dikocak
Mudah sahaja ia berkalih
Janganlah jadi seperti air
Nampak tenang
Tapi mudah bergelora
Janganlah jadi seperti pokok
Pabila angin bertiup
Mudah sahaja
Ia bergoyang
Sambil daunnya melambai-lambai
Mengikut rentak angin lalu
Janganlah jadi seperti matahari
Pabila datangnya malam
Ia menyembunyikan diri
Dibalik awan
Jadilah seperti apa
Yang telah menjadi ikutan
Asal sahaja tidak menjadi pak turut
Tetapi dari hati yang suci
Kerana cintamu itu
Terletak di atas sekali
Thursday, April 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment