Mahu atau tidak
Kita sudah pun berada di sini
Di gunung sahara
Di hutan belantara
Di lautan bergelora
Mahu atau tidak
Kita sudah pun mengikat tali
Melihat sejauh mana kekuatannya
Sampai masa ia akan putus
Mahu atau tidak
Kita perlu berenang merentas lautan
Kita perlu berjalan memintas hutan
Mencari sekelumit mutiara
Untuk dijadikan bekal
Mahu atau tidak
Tali yang diikat itu akan putus
Saat itu
Kau kan tahu
Pentingnya mencari mutiara
Demi menghadap yang Maha Kuasa
Tuhan yang Esa
Mahu atau tidak
Kita pasti akan menghadap-Nya
Jangan disesal
Jika tidak berjumpa mutiara
Kerana itu yang kau pinta
Jangan disesal
Jika kau tidak berjumpa Firdausi
Kerana itu apa yang kau hajati
Saat itu
Tiada apa yang yang dapat dipautkan
Tiada guna disesali
Kerana nasi yang ditanak
Sudah siap terhidang
Hanya tinggal untuk dijamah
Saturday, March 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment