Tuesday, April 20, 2010

Khas buat para guru dan pensyarahku....

Kedatanganmu dinanti-nanti
Pemergianmu dihalangi
Rasanya baru sahaja ketemu
Belum pun sempat mengenalimu
Namun kau mahu berangkat pergi
Meninggalkan anak didikmu sendiri
Hanya kerana masa
Masa yang menghalang
Daripada terus bertemu

Sepanjang pertemuan ini
Ku tahu banyak kekhilafan
Yang ku lakukan
Satu pintaku daripadamu
Maafkanlahku
Sesungguhnya
Maaf itu lebih baik
Daripada ia menjadi duri
Yang mampu menjerut tangkai hati

Pintaku lagi
Halalkanlah segala ilmu mu
Sesungguhnya ilmu mu itu sangat berharga
Lebih berharga daripada emas
Lebaih berharga daripada intan berlian

Ku doakan untukmu
Wahai ilmuwan yang bijaksana
Semoga berbahagia
Dunia akhirat hendaknya

No comments:

Post a Comment