Tuesday, April 20, 2010
Di hujung usia
Setelah usia merangkak senja
Hanya menanti malam
Yang kian berlabuh
Baru ku sedar akan kekhilafanku
Yang terusan bergelumang dosa
Namun semuanya sudah terlambat
Tiada apa mampu berbuat
Melainkan memohon ampun
Daripada Yang Maha Pencipta
Kerana masa yang berlalu itu
Tidak akan kembali lagi
Ianya meninggalkan diriku
Diulit mimpi hitam
Jahilnya diriku
Sewaktu di usia muda itu
Hanya Dia sahaja yang tahu
Telah banyak mungkar yang dilakukan
Jika dibandingkan dengan makrufnya
Pilu hatiku tidak terkata
Insafnya diriku
Pabila mengenangkan lembaran lama itu
Yang telah menjadi sejarah hidupku
Ku gagahi diriku
Menghabiskan saki-baki usiaku
Yang hanya tinggal sekerat dua cuma
Dengan isi yang patutnya
Moga suatu hari nanti
Akan tiada seorang anak Adam pun
Yang membuntuti langkahku
Sewaktu aku di usia muda dulu
Wahai Pencipta Yang Maha Agung
Ampunilah dosaku
Sungguh aku menyesali
Segala kekhilafan yang kulakukan
Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment